Tuesday, 20 October 2015

From Family For Baby

Haih, jerebu~jerebu~ 2 hari dah tak sekolah.. Masak lah aku....T^T
  Haiii Assalamualaikum. Apa korang bikin harini? Ada keluar ke mana2 ke? Kalau ada, topeng jangan tinggal ye~ Almaklumlah, jerebu datang balik, haruslah pakai kan...
  Semalam aku terajin update blog 'memaklumkan' aku bakal dapat adek.. XD Tapi macam lah orang kesah kan, tapi suka hati 'I' lah ni blog 'I' XD
Harini pun aku terajin jugak nak update, tapi harini bukan nak maklum apa2 pasal hidup aku XD harini nak share something sikit..sikit je tak banyak, pasal amalan ketika seorang ibu tu mengandung ^^Moga bermanfaat
Antara amalan baik yang perlu diamalkan ketika ibu mengandung adalah...hokalohhh dah macam buat karangan ulasan pulak..XD
Okok, teruskan ye...

    1. Banyakkan baca AlQuran dan berharap agar anak dalam perut isteri faham akan keinginan baik yang terkandung dlam AlQuran
    2. Elakkan pergi tempat yang takadibenarkan syarak
    3. Rajin menghadiri majlis ilmu
    4. Banyakkan baca doa untuk keselamatan isteri tersayang dan anak dalam kandungan supaya sentiasa dalam lindungan Ilahi
    5. Masa ni lah suami perlu banyak bersabar, aku rasalah, aku teka je, aku tak tahu sangat tapi aku rasalah, masa nilah emosi isteri ni payah nak kawal n duga, so! Suami kenalah banyak sabar DAN tahan diri daripada marah isteri
    6. Banyakkan baca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, An-Nahl ayat 78,  Al-A'raf ayat 189 dan tak lain dan tak bukn ayat Kursi
Ada banyak lagi sebenarnya amalan baik, tapi, yg tu bagi aku satu family boleh buatkan bila2 masa je , lebih2 lagi suami dan ibu mengandung tu sendiri.Kalau boleh, amalan ni kenalah buat dari hari isteri tahu dia mengandung lepastu buat secara 'istiqamah'. Yelah, fikir logik je, kalau sekejap buat, sekejap tak, macam sia-sia. Bagi aku lah, kalau buat macam tu, orang tu macam tak bersungguh-sungguh nak anak yang lahir tu jadi anak yang soleh dan soleha. Huhu, jangan terasa, kita nasihat... Tapi, kalau baru tahu tu takpelah, buat je, dengan izin Allah usaha kita diberkati-Nya ^^
  Itu baru time mengandung, macam mana pulak time dah nak bersalin?? Hmmm...pikir,pikir.. xD
Ada jugak amalan. Tapi aku rasa lah, pada pendapat aku, suami banyak main peranan time ni. Ni kira macam time kemuncak lah. Suami kenalah banyak bagi motivasi kat isteri..contoh..···Pandai2 lah nak mengayat isteri masing2 XD
Ok, lagi, suami kena banyak berdoa, selawat, istighfar...haaaa, barulah isteri kit...eh salah, isteri koranglah, rasa tenang je, mudah mudahan senang jugak untuk bersalin. Aku ada jumpa jugak, suami boleh baca doa ni

Haaa mesti macam familiar, an2. XD Of course lah familiar ni kan ayat yang Nabi Yunus baca bila baginda ditelan perut ikan yu tu. So, bila suami baca ayat ni, niatkan jugak supaya Allah mudahkan jalan keluar kandungan tu.

  Itu saja untuk harini.
  Babai! Semoga bermanfaat lagi sekali ^^
Assalamualaikum

Monday, 19 October 2015

Welcome Newborn Baby c:

Assalamualaikum, Hi semua pengguna internet! Perghhh lamanya aku tak update... Haihh, dah makin malas nak menulis sebab tu lah.. Apa kabor mengkome semua? Hehehe terkeluar dialek Kualer pulak yer... Hahaha #abaikan
Tiba2 pulak aku terajin nak update harini. Korang mesti heran kan? Apa pulak nak herannya, suka hati aku lah nak update bila.. Ye idok?? XD Just kidding
Sebenarnya aku ada benda nak kabo ni.. Hehe.. Zaman tunggal aku hampir nak berakhir! Sebab apa? Sebab mama kesayangan aku mengandung! Yeaa dapat adek baru!!! XD
Awalnya aku tak berapa gemar nak ada adik. Sebab aku ni takdelah suka sangat dengan budak2. Aku fikir sebab nanti lama2 aku akan jadi 'annoyed'. Huhu terukkan aku. Kesian mama, aku berfikir macam ni. Tapi dulu. Sekarang aku excited sangat!
Tak silap aku lah, ni dah masuk minggu ke 34 dah mama mengandung. Huhu besar sangat perut mama. Kesian mama kena tahan sakitnya mengandung setelah 14 tahun tak mengandung. XD Bila aku fikir lagi, mesti lawak. Katakan lah. Umur aku 15 tahun, adek aku baru setahun. Bila adek aku 15 tahun, aku dah 30 tahun dah. Makyai... Jauh bebenor beza tuh. huhihuhi XD Kalau aku jalan dengan adek aku, mesti orang ingat aku ibu dia. xD Tak mustahil sebab orang pon ingat aku adek mama aku huuhiuhu XD Haihhh
Cuba teka adek aku perempuan ke lelaki.

Kalau korang rasa perempuan, Tahniah! Anda gagal jawab dengan betul. Hehe jkjk. Adek kite laki lah.. X3 Just my luck, Dulu punya dulu....means waktu aku kecik lagi lah, aku teringin nak adek laki. Yeay dapat adek laki. Kitorang siap dah bagi nama lagi. Muhammad. Tapi aku tak sure mama nak bagi Muhammad apa. Tapi kalau Muhammad je pun apa salahnya, kan? ^_^
Exam aku start Jumaat ni (kenapa tak boleh tunda je T-T) aku harap adek keluar lambat lagi sebab aku nak jugak sambut sama2 adek baru kat hospital! HAHAHAHAH #abaikan
Keyh, tu je nak kabo sebenarnyer. hehe, 
Adek, nanti adek dah besar jadi adek yang baik, adek yang soleh, jadi adek yang terbaek lah untuk mama papa nenek eveyone lah! hihi..
Okay, bai u olls. Assalamualaikum, Peace out~