Tuesday, 23 December 2014

Cepatnya T^T

 Hai.. Assalamualaikum.. Sihat? Aku harap korang baik2 je.
 Pejam celik, pejam celik.. nak habis dah cuti sekolah. Rasa macam baru semalam start cuti. Hmm. Tak puas lah. Tak boleh ke cuti lama sikit lagi. T^T 
 Huhh. tapi, mana boleh. Dah tetapkan sebulan jer cuti, sebulan je lah. Sesuka hati je nak cuti panjang lagi. >,< haihh.. MALASNYA NAK GI SEKOLAH!!!!!!!! Huhuhu.. Kena wat kerja sekolah, kena wa projek, kena wat PBS, kena wat exam (<- 2 perkara yang tak berapa nak berkenan XD >,<),  kena bertugas jaga kantin lah, awasi budak2 lah.. Macam2 kerja lah kena buat nanti. Hmm. Takpelah. Dugaan sebagai seorang pelajar sekolah kan? Cakap pasal exam tadi.. exam akhir tahun 2014 aq dapat nombor 1 dalam kelas!! XD alhamdulillah..(tapi resultnya takdelah ok sangat 4A 4B >,<) rezeki aku. Dalam sejarah hidup aku, (lol imbas sejarah silam xD) aku tak pernah dapat nombor 1. Paling baik pun nombor 2/3 kot( dalam kelas jek). Tapi ni nombor 1 dalam kelas je lah. Nombor 7 dalam seluruh tingkatan 1. Tak pe tak pe.. Aku akan usaha lagi untuk memotong budak2 yang dapat nombor 6 ke atas tuh. XD In sya allah. (doakan aku semoga berjaya.. xD ammiiiiin) 
 Tapi, dalam tak berapa nak best gi sekolah balik, ada best jugak. Dapat jumpa kawan2 balik. Huuuuu... Rindu my buddies~~~ Kalau duk rumah je pun tak best sangat  jugak. Alih2 tengok muka tv. Tengok laptop. Tengok muka mak ayah nenek (adik beradik). Tengok novel (buku sekolah ke.. xD rajin giler). Kalau gi sekolah dapat lah jumpa kawan2. Belajar sesama, gelak2 sesama, waktu rehat keluar kelas and makan sesama. Hahh kan best~ It's not that bad, right? Hope so xD
 Cerita pasal kawan2, ada yang cakap ngan aku. Result tak berapa baik. Alah biasa lah. Duk MRSM of course mencabar sikit. In fact, bukan MRSM je, duk lah ceruk mana pun, mesti ada cabaran. Kita sebagai pelajar mestilah kena sabar(tabah) dan sentiasa berusaha untuk meraih kejayaan kan? Allah dah sebut dalam Al-Quran surah Al-Insyirah bahawasanya 
Setiap kesusahan itu disusuli dengan kesenangan. 
(aku pun tak berapa pasti tapi itu lah apa yang aku jumpa waktu buat research and ingat pasal ayat ni, kalau nak tahu lebih lanjut pandai2 ler nak tanya ustaz/ustazah or Mr, Google :D)
 So, apa yang aku cuba sampaikan ialah jangan biarkan diri kita terus jatuh. Kita perlu bangkit dan berazam untuk menjadi yang terbaik. Bila dah usaha, jangan lupa perlu diikuti dengan tawakal. Aku selalu ingat kata2 cikgu English aku waktu sekolah rendah, 
Do the best, beat the best and beat YOUR  best. 
Mungkin kata2 tu  menjadi perangsang untuk aku belajar sebab tu sampai sekarang aku masih ingat.
 Aku harap korang faham apa yang aku cuba sampaikan tadi. Maaf kalau tersalah sikit pasal surah tu.  

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan. 

Dah habis berpantun dah, aku stop sini dulu. Besok nak pergi beli barang sekolah pulak. Bubye~ Assalamualaikum. (Selamat Kembali Ke Sekolah :D)
oh ye. sebelum terlupa. Di kesempatan ini, aku nak ucap tahniah kepada calon PT3 first year ni (2014) yang berjaya mendapat result yang baik. Teruskan usaha korang yang 'thor baek' tuh. Hehe bye for now~ :D

Sunday, 14 December 2014

Jalan-jalan Keliling Kelantan~

Assalamualaikum.. Halo hola helo~ XD ha ha.. Pe khabar korang?? Sihat ke idak?? Aku harap sesapa yang baca blog aku nih sihat sokmo.. hehe..
Dah 2 hari dah lepas aku balik dari Kelantan. Perasaan aku..Hmm.. Apa eh? Ntah lah aku pun tak tahu.. Tapi apa yang aku rasa masa kat Kelantan, aku seronok. Walaupun kekadang tu penat sikit. Biasalah. Dah nama pun berjalan kan? 
3 hari sebelum aku balik KL kitorang gi Rantau Panjang. Kat sana tuh.. Pergh.. Panas yang amat.. Berpeluh sakan kitorang.. (aku pun tak tahu samada kitorang semua peluh teruk or aku sorang je yang tak tahan panas.. hehe) Umm. Takde lah banyak benda pun kat sana. Tapi ada lah kedai baju, kedai jual kacang, kedai jual mainan dan macam2 kedailah. Kedai makan pun ada. 
Tapi itu lah. Satu masalahnya. Panas. hehe Meniaga kat kawasan terbuka biasalah panas sikit. Aku rasa lah, Rantau Panjang ni hanya tempat shopping2 barang kot. Sebab tu takde mende sangat. Ke sebab kitorang tak habis jelajah lagi dah balik Kota Bharu? hehe tak tahu lah pulak aku. Kalau nak tahu banyak pasal Rantau Panjang (bagi yang tak pernah ke Kelantan and nak holiday kat sana) rajin2kan lah diri search kat Google.. hehe
Dalam perjalanan nak balik Kota Bharu, kitorang singgah Masjid Beijing dulu. Mula2 ingat nak tengok2 je. Tapi kebetulan dah masuk waktu Zuhur, so, kitorang stop lah kejap untuk sembahyang.

Dah habis sembahyang nak buat apa pun buat lah. Sementara tunggu nenek dan tokma aku selesai, aku ambil kesempatan mengambil gambar masjid ni. Kalau setakat rakam pakai mata simpan dalam kepala tak best jugakkan? Baik ambil gambar terus. Hehe

Hari seterusnya pulak. Kitorang gi Pasar Siti Khadijah. Boleh tahan besar pasar tu. Um, 3 tingkat kot tak silap. Area ground floor (lol speaking plak dah) ada jual barang dapur cam ikan kering, sayur? lel kiranya barang2 dapur lah kan.. Naik atas sikit jual kain, baju, tudung dan sewaktu dengannya. Naik sikit lagi ada banyak gerai makan. Ada gak lah benda lain macam jual kuih, jual yang keropok tuh aku pun tak tahu macam mana nak cakap.
Cantikkan pasar ni? Warna warni lagi.
Sebelum gi round2 pasar baik makan dulu kan? Lapar kot~~ Nanti jalan dulu sebelum makan tak pasal2 ada yang pengsan pulak sebab penat sangat. XD Macam2 ada. Nasi dagang ada, nasi biasa ada. Lauk pun banyak ada lauk daging, lauk ayam goreng, ikan goreng. Masak apa aku tak ingat sangat. hehe Masa tu, I'm not in the mood to take some photos. Jadi, takde lah banyak gambar yang aku ambik sebelum aku makan. hehe
Ni one of the lauk yang mak ngan ayah aku ambik. Tengoklah saiznya. Sebesar tapak tangan tuh. Nasib baik habis juga ayah aku ratah. Kalau tak membazir. Haha

Alhamdulillah kenyang! hehe.. Orang kata bila perut kenyang baru hati senang kan? Baru lah boleh shopping! Tapi aku tak nak cerita banyak sangat pasal shoppinglah. Ada benda lain yang aku nak cerita. Lagipun aku tak de lah banyak shopping sangat. Mak ngan nenek aku je yang jalan. Aku, kakak dan ayah aku duduk je lepak kat satu tempat. Hehe. 
Dah siap shopping segala, kitorang naik kereta gi rumah pak sedara ayah aku kat... kat.. aduh.. aku tak ingatlah.. Takpelah. 4 orang je duduk kat rumah tok tu. 2 orang anak tok duk asing. Kerja kot. Sorang sepupu ayah aku ada anak. 2 tahun je. Comel giler~~~~ tapi pemalu X3 Nama glamour dia Rayyan. Hahaha glamour sangat.. XD ada gambar tapi tak payah post kot. Lol
Lepas beberapa jam duk kat rumah tok tu, kitorang plan nak ke pantai. Nak ambik gambar, cuci mata.. haha Tok ada cadangkan pergi Bachok. So. Apa lagi? Off we go!! 
Aku beria sangat nak gi tepi pantai sebenarnya sebab nak ambik gambar pemandangan matahari terbenam je. Tapi kat situ bukan tempat matahari terbenamlah. Adeh. Potong je.. :c tapi tak pe lah.
OTW ke Pantai Irama
Yay sampai dah Pantai Irama, Bachok!!
I WAS THERE!! Lewls

Tapi takpe. Tak rugi apa2 pun pergi. Untung lagi ada lah. Sebab dapat naik atv!!!!!!!!!! Mwahahahhaha.. Masyuk!!! BEST GILER DOWH!!! Aku naik 2 kali!! dua dua aku tunggang sendiri.. Biasa lah.. Aku memang terror bab2 macam tu.. lolll
Ada lah beberapa gambar yang berjaya dipukul (haah bukan pukul, banting ngan kayu ke apa tapi pukul gambar kat Kelantan maksudnya ambil gambar) oleh "kakak aku yang terror ambil gambar tu" and mak aku. Kakak aku ambik banyak.. Tapi sikit je yang cantik.XD Sebab dia ambik masa tengah naik atv. Hahaha nasib kamera tak jatuh.. Phew.. XD
Ni sebelum bawak atv. Gelap an? Salah set kamera.. Hehe
Piwet~ Awek mana bawak atv tuh? X3 hehhe
Pergh!! Memang syok lah bawak atv. Bawak laju lagi best! Dapat rasa angin.. Sedap~ Tapi orang yang bawak atv belakanglah tak best sebab terpaksa makan habuk pasir.. XD X3 sori papa hihi
Dah syok main atv dah. Sekarang enjoy the scene je lah. 
Pantai Irama, Bachok
Yay.. Habis sudah cerita aku kat Kelantan. Nanti kalau aku jalan mana2 lagi in sya allah aku post lagi. Itu pun kalau tak busy and rajin lah. Hehe.. Bubye.. Assalamualaikum~ ^^

Tuesday, 9 December 2014

Balik KB *Kota Bharu*



Assalamualaikum.. Hello hello hello~ Sup?? Aku ni asyik tangguh je nak buat blog masa aku kat Vietnam.. Bila dah tangguh selalu nih terasa malas pulak hehe.. Huhu.. Nanti2 lah.. ><
2 hari lepas balik dari Vietnam, parents aku dah tempah flight tiket nak ke Kota Bharu. Huhuh penatnya.. Tapi takpe lah.. Kalau dah nama nak berjalan kan, rasa penat tu akan hilang dengan sendirinya. Hehe. Ada 2 tujuan kitorang datang Kota Bharu. Sebab;

  1. Pertama, nak melawat tok abah aku. Dengar khabar atok aku sakit. So, kitorang datang sini sebab nak lawat lah. Tapi sekarang atok dah baik. Alhamdulillah syukur;
  2. kedua, nak jale jale lah~ hehe keluar dah loghat kelate.. hihihi
So, tadi kitorang dah jumpa ngan tok abah n tok ma aku. Lama dah tak jumpa diorang sampai aku pun terasa agak janggal. Yeah, I know I'm teruk.. >< Sepupu pun ada juga. 3 orang. Yang sulung Wais, second Mia and yang third Alya. Comel2 belaka.. hehe Bila dah lama tak jumpa tuh, selfie kompem ada lah kan... Hihihi
yang pakai kopiah putih tok abah aku n tok ma aku yang pakai tudung hitam.

sepupu aku yang pakai baju putih ngan purple tuh. baju putih nama dia Mia n sorang lagi Alya. Wais tak de. Diorang tengah cari apa ntah. Belalang kot.

Besok maybe nak pergi Rantau Panjang kot sekali dengan tok abahn tok ma aku. Aku pun tak sure Ranatu Panjang tu ada apa, so tak dapek lah den nak cakap lobih lobih. Hehe. Aik loghat Nogoi pulok. xD hahaha pown boleh..
So, rasanya sini je kot aku tulis. In sya allah besok aku publish lagi. Bye~ Asslamualaikum~ ^^



Sunday, 7 December 2014

Home Sweet Home~

Alhamdulillah. Kitorang selamat mendarat di lapangan terbang KLIA2 lebih kurang pukul 9 lebih kot. Ntah lah tak ingat lel. Masa atas langit tadi (lel atas langit? XD), awan banyak betul. Banyak kali kapten ngan pramugari(gara) tu suruh pakai seat belt and duduk tempat masing2. Buat cuak je bila kapten tu kata cuaca tak memuaskan. Memang pun. Tengok kat luar tingkap tu gelap semacam jer. Pastu asyik gegar je bila langgar awan. Tapi, aku boleh menghembus nafas lega apabila kapal terbang yang aku naiki telah selamat mendarat. (lel ayat novel hehe).
Ho Chi Minh.. Hmm.. Bagi aku ok lah.. Siapa yang kaki shopping tu aku rasa sesuai.. Kat Bentahn Market.. Macam2 ada. Kain ada, souvenir ada, makanan ada, topi ada.. Just name it! Haha.. Tapi kalau just nak jalan jalan cuci mata tu... maybe not.. Tapi, I'm not sure myself sebab tak banyak tempat yang kitorang pergi pun haritu. Ada lah kitorang gi Cuchi Tunnel masuk tunnel yang orang Vietnam dulu2 menyorok time peperangan. Macam belajar sejarah tunnel tu lah.. lel Lain... Dinner on cruise kat Sungai Saigon. Oklah.. Makanan dia.. Err.. Okay.. Tapi.. Tak sentuh pun.. Hehe.. Diorang serve untuk Muslims, seafood dan sayur lebih kurang cam salad.. IDK.. And the best part is, persembahan dorang. Nanti aku cerita lain.. Eheh.. Pemandangan dia pun boleh lah.. Bruh idk ><
Dalam blog yang sebelum ni (Holidays~~ Yash!! this is the link lel) aku ada kata nak publish blog kat sana kan? Aku ada try nak buat guna tab. Tapi.. Macam mana nak kata eh? SUSAH LAH NAK BUAT! Menyesal tak bawak laptop haritu. Huhu T^T So, aku decide aku nak buat bila dah balik Malaysia nanti. Boleh upload gambar n everything. Aku akan cuba publish nanti. But not now lah. Right now I wanna sleep. Aku tulis (tulis ke type?nvm XD) blog ni kul 1 pagi lebih kot.. >< hehe tak sabar punya pasal.
Hm. Nanti aku cuba cari masa sesuai nak publish lagi. Kalau besok tak busy besok lah kalau tak.. Hmm.. *...* Aku try je lah.. lel.. So, aku stop sini jer dulu. Bubye.. Good mornight.. Assalamualaikum.. ^^

Wednesday, 3 December 2014

Holidays~~ Yash!!

Assalamualaikum.. Helo! Lama dah tak update blog. So, harini aku rasa hari yg baik bagi aku untuk publish lagi..
Hari ni mak n ayah aku bawak kitorang gi holiday.. Yay!! Kitorang gi Vietnam jer.. Tak cukup bajet nak gi jauh2.. Hehe.. Tapi ni pun ok lah gak.. daripada duduk kat rumah jer.. hehe di kesempatan ini Nurin nak ucapkan thank you kat mama n papa sebab bawak gi Vietnam.. Tqtqtqtq I <3 u guys so much.. hehe..
Tinggal kurang 2 jam lagi sebelum flight kitorang.. Tadi dah breakfast dah dulu kat KLIA2. Malangnya tak ada gambar nak post.. huhu.. tak pe ah..
Tapi kan.. Bila teringat je tragedi MH370 ngan MH17 aku rasa seram sejuk jer.. >< Astaghfirullah.. Mudah mudahan perjalanan pergi dan pulang kami sentiasa di bawah perlindungan Yang Maha Esa.. Amiin ya rabb..

Hehe.. Sempat gak ambik gambar sikit2.. This is my parents.. Thank you mama papa bawak gi Vietnam^^..

#kakakaqperasancomel #diacabaraku #lel
Oklah.. Aku stop sini dulu.. Nanti aku publish lagi kat Vietnam.. Bye korang.. Assalamualaikum..^^