Dah 2 hari dah lepas aku balik dari Kelantan. Perasaan aku..Hmm.. Apa eh? Ntah lah aku pun tak tahu.. Tapi apa yang aku rasa masa kat Kelantan, aku seronok. Walaupun kekadang tu penat sikit. Biasalah. Dah nama pun berjalan kan?
3 hari sebelum aku balik KL kitorang gi Rantau Panjang. Kat sana tuh.. Pergh.. Panas yang amat.. Berpeluh sakan kitorang.. (aku pun tak tahu samada kitorang semua peluh teruk or aku sorang je yang tak tahan panas.. hehe) Umm. Takde lah banyak benda pun kat sana. Tapi ada lah kedai baju, kedai jual kacang, kedai jual mainan dan macam2 kedailah. Kedai makan pun ada.
Tapi itu lah. Satu masalahnya. Panas. hehe Meniaga kat kawasan terbuka biasalah panas sikit. Aku rasa lah, Rantau Panjang ni hanya tempat shopping2 barang kot. Sebab tu takde mende sangat. Ke sebab kitorang tak habis jelajah lagi dah balik Kota Bharu? hehe tak tahu lah pulak aku. Kalau nak tahu banyak pasal Rantau Panjang (bagi yang tak pernah ke Kelantan and nak holiday kat sana) rajin2kan lah diri search kat Google.. hehe
Dalam perjalanan nak balik Kota Bharu, kitorang singgah Masjid Beijing dulu. Mula2 ingat nak tengok2 je. Tapi kebetulan dah masuk waktu Zuhur, so, kitorang stop lah kejap untuk sembahyang.
Dah habis sembahyang nak buat apa pun buat lah. Sementara tunggu nenek dan tokma aku selesai, aku ambil kesempatan mengambil gambar masjid ni. Kalau setakat rakam pakai mata simpan dalam kepala tak best jugakkan? Baik ambil gambar terus. Hehe
Hari seterusnya pulak. Kitorang gi Pasar Siti Khadijah. Boleh tahan besar pasar tu. Um, 3 tingkat kot tak silap. Area ground floor (lol speaking plak dah) ada jual barang dapur cam ikan kering, sayur? lel kiranya barang2 dapur lah kan.. Naik atas sikit jual kain, baju, tudung dan sewaktu dengannya. Naik sikit lagi ada banyak gerai makan. Ada gak lah benda lain macam jual kuih, jual yang keropok tuh aku pun tak tahu macam mana nak cakap.
![]() |
| Cantikkan pasar ni? Warna warni lagi. |
![]() |
| Ni one of the lauk yang mak ngan ayah aku ambik. Tengoklah saiznya. Sebesar tapak tangan tuh. Nasib baik habis juga ayah aku ratah. Kalau tak membazir. Haha |
Alhamdulillah kenyang! hehe.. Orang kata bila perut kenyang baru hati senang kan? Baru lah boleh shopping! Tapi aku tak nak cerita banyak sangat pasal shoppinglah. Ada benda lain yang aku nak cerita. Lagipun aku tak de lah banyak shopping sangat. Mak ngan nenek aku je yang jalan. Aku, kakak dan ayah aku duduk je lepak kat satu tempat. Hehe.
Dah siap shopping segala, kitorang naik kereta gi rumah pak sedara ayah aku kat... kat.. aduh.. aku tak ingatlah.. Takpelah. 4 orang je duduk kat rumah tok tu. 2 orang anak tok duk asing. Kerja kot. Sorang sepupu ayah aku ada anak. 2 tahun je. Comel giler~~~~ tapi pemalu X3 Nama glamour dia Rayyan. Hahaha glamour sangat.. XD ada gambar tapi tak payah post kot. Lol
Lepas beberapa jam duk kat rumah tok tu, kitorang plan nak ke pantai. Nak ambik gambar, cuci mata.. haha Tok ada cadangkan pergi Bachok. So. Apa lagi? Off we go!!
Aku beria sangat nak gi tepi pantai sebenarnya sebab nak ambik gambar pemandangan matahari terbenam je. Tapi kat situ bukan tempat matahari terbenamlah. Adeh. Potong je.. :c tapi tak pe lah.
![]() |
| OTW ke Pantai Irama |
![]() |
| I WAS THERE!! Lewls |
Tapi takpe. Tak rugi apa2 pun pergi. Untung lagi ada lah. Sebab dapat naik atv!!!!!!!!!! Mwahahahhaha.. Masyuk!!! BEST GILER DOWH!!! Aku naik 2 kali!! dua dua aku tunggang sendiri.. Biasa lah.. Aku memang terror bab2 macam tu.. lolll
Ada lah beberapa gambar yang berjaya dipukul (haah bukan pukul, banting ngan kayu ke apa tapi pukul gambar kat Kelantan maksudnya ambil gambar) oleh "kakak aku yang terror ambil gambar tu" and mak aku. Kakak aku ambik banyak.. Tapi sikit je yang cantik.XD Sebab dia ambik masa tengah naik atv. Hahaha nasib kamera tak jatuh.. Phew.. XD
![]() |
| Ni sebelum bawak atv. Gelap an? Salah set kamera.. Hehe |
![]() |
| Piwet~ Awek mana bawak atv tuh? X3 hehhe |
Dah syok main atv dah. Sekarang enjoy the scene je lah.
![]() |
| Pantai Irama, Bachok |










No comments:
Post a Comment