Assalamualaikum wbt.. hai korang..
Fuhh sejak start sekolah balik ni, dah tak tulis dah blog.. Almaklumlah, nak fokus pada pelajaran kan.. Tapi kalau dah hadap buku 24/7 pon tak best jugak an? So... ni lah dia.. isi masa lapang dengan menulis blog..
Obviously, everyone has a lot of friends. In school, the neighbourhoods, friends from the internet and all around the globe.. (lol main belasah je aq speaking english xD). Aq juga yakin yang kebanyakannya pernah bergaduh dengan kawan-kawan korang kan? Hahaa.. Kadang-kadang tu, takde lah besar sangat masalahnya, pergaduhan berlaku hanya sebab tak ajak makan ke, tak ajak sembang sekali ke, atau apa-apa lah.. Itu contoh.. Ada banyak sebab berlaku pergaduhan antara kawan.. Bergaduh ni sebenarnya ok jugak.. Sebab dia mengajar kita jadi lagi matang.. lol ye ke? Tak pe lah.. Tu tak penting.. Point aq sekarang ni adalah, apa yang tak berapa nak bagusnya bila bergaduh ni..
Apa orang akan buat kalau dorang bergaduh? Sudah pastinya lah dorang takkan bertegur sesama sendiri!! Kan? Bila dah tak bertegur sapa, terserempak mana-mana pon buat macam tak kenal je.. Dah lah tu, muka masam je, kalah oren yang tak cukup masak tu.. Plus, dalam Islam, kalau kita tak bertegur sapa dengan saudara sesama Islam, tidak halal tau.. Tak boleh... In fact, kalau fikir logik pon, tak bertegur sapa ngan kawan kawan kita lama lama, tak ke bosan hidup kita? Nak nak kalau kita memang paling rapat dengan dia.. Dia je satu satunya orang yang paling awak percaya, awak boleh cerita apa apa sahaja kat dia. Tapi dah kalau tak bertegur sapa langsung, macam mana nak cerita? Dengan sape lagi kita nak bergosip? Dengan pakcik guard tempat keje? Dengan makcik yang meniaga kat kantin sekolah? Cuba fikir.. What's the point kalau tak bertegur sapa ngan kawan kita lama lama pon? tak ada guna.. Kita yang jadi bosan ada lah.. (lain lah kalau orang tu ramai best friend kan) Tapi tak kira lah ramai ke tidak.. takkan nak putuskan pesahabatan yang dah lama terjalin hanya angkara perkara yang tak berapa nak penting? Kan? Tapi kakau nak jauhkan diri dengan dia sekejap tak pe kot, mungkin sebab nak tenangkan fikiran ke apa apa lah.. Tapi asalkan tidak lebih daripada 3 hari.
Kawan ada macam jenis. Ada jenis yang tak kisah kalau dia nak pinjam sesuatu, ada yang tak kisah kalau dia kena bahan sikit2, macam macam lah..
Betul,. Kita memang kawan rapat. Tetapi.. Rapat mana pon kita, hati haruslah kita jaga.. Contoh! Kalau nak pinjam barang, mintak baik2.. Jangan pakai ambik terus.. Kadang kadang tu memang dia tak kisah, tapi sebenarnya dia agak terasa jugak.. Hati orang kan? Mana kita boleh baca.. Pastu! Nak bahan tu tak salah.. Tapi, kalau dah selalu sangat, tak boleh jugak.. Kita kena jaga hati dia.. Tak boleh lah nak bahan slalu sangat sebab takut satu hari nanti dia terasa dengan kita, dia tinggalkan kita.. Salah kita jugak sebab selalu sangat bahan dia..
Bila dah jadi perkara perkara macam tu, apa tunggu lagi? Cepat2 lah mintak maaf.. Jangan biarkan dia tinggalkan kita macam tu je.. Lepastu, azam pada diri supaya lepas ni kita lebih berwaspada dengan kata kata kita. Ye lah kan, orang kata, lidah kita ni lebih tajam daripada mata pedang tau..
Sampai sini je blog aku kali ni. Kalau ada kelapangan lagi aku tulis lagi. Aku harap kata-kata dan nasihat (lol nasihat ke ni.. bolehlah) dapat korang terima dengan hati dan minda terbuka. Maaflah sebab campur2 sekejap kau sekejap awak.. Salam sayang daripada aku.. Byee.. Assalamualaikum..

No comments:
Post a Comment